Sunday, 4 November 2012

Hero kucing berkaki dua

Assalammualaikum semua
Saya nak kongsi satu cerita tentang Hero kucing berkaki dua..
Pada suatu hari di bulan Mei 2005 pukul 2pm di suatu tempat saya (org yg jumpa hero) , sya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air.Setibanya di kedai,saya ternampak ada sekumpulan org telah berkurumun di depan kedai tersebut. Apabila saya menjeyok ,saya ternampak Hero terbaring tanpa kaki di hadapan dan dalam keadaan yg tercungap cungap.Dan juga terdapat darah yg banyak keluar dari tempat lukanya.


Saya(Papa Hero) sempat bertanya kepada tuan kedai apa kena dengan kucing ini? Tuan kedai tu cakap dia pun x tahu..Lepas tu,ada budak lebih kurang awal skolah meneggah mencelah dan berkata di ternampak ada seorang lelaki yg menaiki kereta telah membuang HERO di tepi longkang berhampiran kedai runcit tersebut sambil berkata kucing ni bawak SIAL,selalu curi makanan kat kedai dia.Ini menunjukkan HERO didera di tempat lain dan dibuang di tempat lain

Tanpa berlegah lagi,sya terus ambil HERO dan masukkan ke dalam bakul motor untuk bawa pulang..Saya sempat balut dia dengan jaket motor sya untuk hentikan pendarahan..Kata Hairee(pembela Hero) sya x cukup wang nak bawa HERO ke klinik.Pada sya ,klau kucing ni nak mati,biar lah di rumah sya...sya tawakal je ketika itu..Saya terkilan kerana tak dapat merakam keadaan HERO pada masa itu kerana pada tahu 2005 handphone baerkamera masih baru diperkenal dan harganya sangat mahal.Saya pulak baru 2 minggu bekerja dia company baru ni.Sya x mampu nak beli handphone berkamera.Aku hanya memakai handphone NOKIA 3310 pada waktu itu.Ketika itu,aku masih bujang.Tambahan pula wang perlu dikumpul untuk perkahwinan yg bakal menjelang 3 bulan lagi (ogos 2005)

Lepas sebulan lebih merawat HERO,dia semakin pulih(sya pun hairan) dan dengan gaji pertama sya ,sya gunaan untuk membelihandphone berkameraSony Ericson K700i.Cara merawat HERO sya x nak ingat kan lagi pekara itu.Tak tau berapa air mata sya yg keluar.Jadi,klip yg anda lihat selama ini menunjuk kan lukanya sudah hampir sembuh.Sya agak terkilan sebab tak dapat merakam lukanya pada peringkat awal.Keadaannya macam AYAM GOLEK.Dia x boleh baring ke kiri dan kanan.Kejap2 bergolek...Kejap2 bergolek..Buang air besar dan kecil mengiring..Nak letak kat kotak salah,nak letak kat lantai pon bersalah..Last2 letak kat tilam bujang..
                 Saksi kan klip ini www.youtube.com/watch?v=xt5wRG6CQTQ atau saksi kan di youtube just tulis Hero kakimotong dan tolong like kat fb kakimotong fan club..